Saturday 27 August 2016

Monolog

Mengenali Maulana Fakhrurrazi begitu menguntungkan. Walaupun saya hanya mengikuti kuliahnya secara online memandangkan beliau jauh nun di Kuala Kangsar Perak.

Pagi ini terasa menusuk sekali mengikuti rakaman kuliahnya kitab Muwatta' Imam Malik Rahimahullah. Bab jama' dan qasar solat. Hampir menitiskan airmata. Terkesan barangkali. Entah kenapa. Mungkin dosa2 yang banyak membuatkan diri rasa hina tatkala disimbah cahaya ilmu. Bukan tak mau diri ini berilmu. Cuma rasa tak padan diri gelumang dengan dosa tapi masih mau mengikuti pengajian hadith kelolaan Maulana Fakhrurrazi.

Dalam hati diri membujuk diri, tak wajar kau mau meninggalkan pengajian disaat diri dirundung kelemahan iman dan dosa, sebab disitulah kau akan kembali bangkit memperbaiki diri sebagai manusia yang tak lepas dari turun naik kadar imannya. Ya, saya seorang manusia. Saya bukan malaikat. Bukan Nabi Muhammad, Saya bukan salafussoleh. Saya bukan tabi'en atau tabi'it tabi'en. Saya cuma orang biasa. Yang mau mengikut jejak generasi emas selepas Nabi Muhammad mempraktikkan kehidupan muslim yang sebenar2nya.

Mendengar pengajian pagi ini, saya mau menangis kiranya tiada orang lain di sisi. Begitu menusuk-nusuk kata2 Maulana Fakhrurrazi walaupun ianya sebuah pengajian hadith bab solat jamak dan qasar bukan pengajian tazkiyatun nafs..

Kalaulah rehlah kehidupan di dunia ini semudah 123, kalaulah boleh mendakwa beriman tanpa ujian, pasti syurga itu juga mudah2 sekali diberikan Allah tanpa dihisab amalan umat manusia..moga saya tergolong dalam orang2 yang diberi keampunanNya..

Tuesday 24 May 2016

Muhasabah Diri

"Kamilah penolong-penolong kamu dalam kehidupan dunia dan pada hari akhirat; dan kamu akan beroleh - pada hari akhirat - apa yang diingini oleh nafsu kamu, serta kamu akan beroleh - pada hari itu - apa yang kamu cita-citakan mendapatnya. - Al-Fussilat ayat 31

Wednesday 23 March 2016

Kuliah Surau As-Siddiq 23 Mac 16

Kuliah Surau As-Siddiq Bdr. Tun Hussein Onn

Betting dosa susah buat jugak. Sebab kena ada 2 pihak.Dosa syirik sorang2 pun boleh jadi syirik.

Saturday 19 March 2016

Kuliah Pengajian Bulanan Kitab Al-Azkar Dr. Zaharuddin 20 Mac 2016

Sunnah keluar di tengah malam/subuh dan tengok ke langit dan baca surah Ali-Imran ayat 190.

Setiap waktu orang berilmu terisi dengan amalan2 sunnah yang diketahuinya.

Sangat dilarang mendongak ke langit ketika solat. Orang yang mendongak walaupun bukan lihat langit tetap dilarang umpama melihat tulisan khat atau hiasan atau apa2 yg menarik perhatian. Mengapa dilarang? Pendapat Ibnu Taimiyah ianya merupakan perbuatan buruk dan tidak beradab anak adam selain ianya menunjukkan tidak khusyu'.

Imam Ghazali berpendapat tak wajar dongak ke langit ketika berdoa.

Imam Nawawi ambil kata2 Qadhi Iyadh bahawa adalah harus berdoa sambil mendongak ke langit di luar solat. Itu pendapat Imam Syafie dan Imam Malik.

Dalam hadis riwayat Miqdat nabi berdoa dan mendongak ke langit. Hadis Miqdat terminum susu untuk nabi dan ada doanya.

Maksud qiamullail adalah bangun malam untuk beribadat samada membaca quran,hadis termasuk diskusi berbincang kedai mamak tapi topik berkaitan keagamaan.

Solat maghrib dan ke atas adalah dikira waktu qiamullail.

Tahajud pula ialah ibadah solat selepas tidur. Walaupun solat maghrib dan selepas itu tidur dan masuk isyak dan solat sunat tu juga blh dikira tahajjud.

Ada juga minoriti ulamak yg kata tak perlu tidur dulu pun kemudian solat sunat pun dikira tahajud. Bagaimanapun majotiti ulama kata tahajjud mesti tidur dulu.

Orang yang power adalah org yg blh bangun tahajud dan subuh jemaah.

Tarawikh dikira qiamullail.

Dalam tandas adabnya kena senyap. Kecuali darurat untuk bercakap.

Boleh bawa quran smartphone dalam tandas tapi kena tutup apps tu.

Boleh baca quran tanpa wudhuk dlm smartphone walau berhadas. Tapi lebih baik berwudhuk.

Boleh baca bismillah utk wudhuk dalam tandas. pendapat ketiga sebahagian ulamak.

Friday 18 March 2016

Munafiqkah Hanzalah?

Dikongsi dari Maulana Fakhrurrazi dalam kuliahnya kisah seorang sahabat bernama Hanzalah yang mendakwa bahawa dirinya seorang munafiq.

Lalu dia berjumpa dengan Abu Bakr Radhiallahu anhum mengadu bahawa dia merasakan dirinya seorang munafiq kerana dia merasakan imannya berbolak balik. Ada hari di atas dan ada harinya di bawah.

Abu Bakr kebuntuan tatkala mendengar pengakuan Hanzalah ini dan beliau terus berjumpa dengan Nabi Muhammad SAW mengadu tentang perihap Hanzalah.

Kata Nabi SAW memanglah sifatnya manusia begitu imannya tidak tetap kadangkala tinggi kadangkala rendah. Kalau tetap maka itu bukanlah manusia sebaliknya itu dipanggil malaikat.

Justeru kata Maulana lagi memang kalau kita duduk dalam kuliah atau majlis ilmu rasa keimanan tu memang tinggi. Rasa nak buat maksiat tu takda atau kurang nak buat maksiat nak buat lagho.

Jadi ubat bagi mengatasi penyakit turun naik iman ini ialah kena banyak duduk dalam majlis ilmu, dengar kuliah, mengaji ilmu2 agama terutama di surau2 dan masjid2.

Thursday 25 February 2016

Kelebihan Solat Subuh

Facebook
Multaqa Asatizah & Du'at (MURSHID)

Kelebihan Solat Subuh

Apabila seseorang mengerjakan shalat subuh, nescaya dia akan mendapat banyak kelebihan. Di antara kelebihannya adalah

(1) Salah satu sebab masuk syurga

Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

مَنْ صَلَّى الْبَرْدَيْنِ دَخَلَ الْجَنَّة

“Barangsiapa yang mengerjakan solat bardain (iaitu solat shubuh dan asar) maka dia akan masuk syurga.” (HR. Bukhari no. 574 dan Muslim no. 635)

(2) Salah satu penghalang masuk neraka

Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

لَنْ يَلِجَ النَّارَ أَحَدٌ صَلَّى قَبْلَ طُلُوعِ الشَّمْسِ وَقَبْلَ غُرُوبِهَا

“Tidaklah akan masuk neraka orang yang melaksanakan solat sebelum terbitnya matahari (yaitu solat subuh) dan solat sebelum tenggelamnya matahari (yaitu shalat asar).” (HR. Muslim no. 634)

(3) Berada di dalam jaminan Allah

Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

مَنْ صَلَّى صَلَاةَ الصُّبْحِ فَهُوَ فِي ذِمَّةِ اللَّهِ فَلَا يَطْلُبَنَّكُمْ اللَّهُ مِنْ ذِمَّتِهِ بِشَيْءٍ فَإِنَّهُ مَنْ يَطْلُبْهُ مِنْ ذِمَّتِهِ بِشَيْءٍ يُدْرِكْهُ ثُمَّ يَكُبَّهُ عَلَى وَجْهِهِ فِي نَارِ جَهَنَّمَ

“Barangsiapa yang solat subuh maka dia berada dalam jaminan Allah. Oleh karena itu jangan sampai Allah menuntut sesuatu kepada kalian dari jaminan-Nya. Kerana siapa yang Allah menuntutnya dengan sesuatu dari jaminan-Nya, maka Allah pasti akan menemukannya, dan akan menelangkupkannya di atas wajahnya dalam neraka jahannam.” (HR. Muslim no. 163)

(4) Dihitung seperti solat malam penuh

Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

مَنْ صَلَّى الْعِشَاءَ فِي جَمَاعَةٍ فَكَأَنَّمَا قَامَ نِصْفَ اللَّيْلِ وَمَنْ صَلَّى الصُّبْحَ فِي جَمَاعَةٍ فَكَأَنَّمَا صَلَّى اللَّيْلَ كُلَّهُ

“Barangsiapa yang solat isya` berjemaah maka seolah-olah dia telah solat malam selama separuh malam. Dan barangsiapa yang solat subuh berjemaah maka seolah-olah dia telah solat seluruh malamnya.” (HR. Muslim no. 656)

(5) Disaksikan para malaikat

Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

وَتَجْتَمِعُ مَلَائِكَةُ اللَّيْلِ وَمَلَائِكَةُ النَّهَارِ فِي صَلَاةِ الْفَجْرِ

“Dan para malaikat malam dan malaikat siang berkumpul pada solat fajar (subuh).” (HR. Bukhari no. 137 dan Muslim no.632)

Wednesday 24 February 2016

19 Feb 2016 Nota Live Streaming Kuliah Hadith Sunan Abu Daud/ Kitab Muwatta' Imam Malik Maulana Fakhrurrazi@Aidil Abd. Rahman Surau Taman Impiana Kuala Kangsar Perak

Seseorang yang dah solat dirumah bila pergi masjid orang solat perlu tak dia solat ulang bersama jemaah.

1. Bagi imam malik ulang semula solat jika solat sorang. Bila peegi masjid orang solat maka kena jemaah. Kecuali magrib. Sebab waktu pendek.

2. Imam syafie. Kena ulang solat balik tak kira waktu solat apa pun.

3. Imam abu hanifah. Hanya ulang solat zuhur dan isya saja diulangi. 3 waktu yg lain tak perlu.

Pendapat imam abu haul. Hanya solat Zohor maghrib isyak yang perlu diulangi.

Kata Maulana. Pendapat yang lebih kuat adalah imam syafie. Dalam hadis nabi bila imam/pemimpin melambatkan solat maka kita kena solat dulu kerana afdal solat awal waktu. Tapi bila pergi masjid imam solat jemaah maka sunat ulang solat dengan imam tersebut. Solat dirumah tadi wajib. Solat kedua tadi sunat solat dengan imam.

Tapi bila orang dah solat jemaah. Dia pergi masjid lain org sedang solat jemaah maka kebanyakan ulama fekah kata tak sunat ulang solat itu. Walaupun solat di 3 masjid besar (Masjidil Haram, Aqsa, Nabawi)

Ulamak2 hadis dan fekah bahas orang tinggal solat ini islam ke kafir. Ibrah daripada kisah Mehjan yang tak solat jemaah di masjid sebab dia dah solat di rumah. Ada 2 pendapat. Sebahagian kata masih islam. Maksud kafir dalam hadis tu adalah kufur dari segala nikmat Allah. Maksud kafir pendapat ulamak lain adalah kafir hakiki. Orang yang enggan solat dan menolak ibadah solat dan menentang solat dia adalah kafir. Cuma orang yang tinggal solat sebab dia malas tapi masih menerima solat sebagai ibadah wajib maka ada khilaf.

Saidina Umar Radhiallahuanhum kata tidak ada bahagian kebaikan bagi orang yang tinggal solat. Maka tiada pahala. Tiada pahala maksudnya orang kafirlah. Kata Ibnu Mas'ud Radhiallahuanhum tidak ada agama bagi orang yang tinggal solat.

Harta orang tinggal solat tak boleh diwarisi. Sebab dah murtad. Mengikut pendapat sebahagian ulamak2 tabiin. Berat woo orang tinggal solat ni..

Mazhab Hanbali kata tinggal solat kafir.